Thursday 12 July 2012

Permainan Tradisional kegemaran saya


Lihat pada gambar-gambar yang terdapat di sini.  Gambar-gambar ini menunjukkan beberapa permainan tradisional seperti gasing, batu seremban, congkak, capteh, sembunyi-sembunyi dan sebagainya.  Saya pasti kamu mungkin pernah bermain permainan ini atau melihat bagaimana permainan ini dimainkan.  Kamu bolehlah jawab soalan-soalan berikut.

1) Pengalaman kamu bermain permainan tersebut.
2) Siapakah yang mengajar kamu bermain permainan tersebut?
3) Adakah kamu suka akan permainan tersebut dan mengapa?
4) Bolehkah kamu terangkan cara-cara bermain permainan tersebut?

Friday 18 May 2012

Dari mana asalnya?

Kelmarin, kita telah tonton bagaimana sabun dan kek dihasilkan.  Sila klik pada video di bawah ini untuk menonton cara-cara membuat lilin.





Pada pendapat kamu, mana satukah yang lebih mudah dibuat? Mengapa?

Pada pendapat kamu, apakah bahan-bahan makanan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu kraftangan?

Wednesday 4 April 2012

Raja Buah

Buah durian atau dikenali sebagai raja buah merupakan sejenis buah yang unik.  Ada di antara kita yang menggemari buah ini dan ada juga yang akan cabut lari!!!!!!

Lihat pada jenis-jenis buah durian di atas ini.  Bincangkan apa sahaja yang ingin kamu katakan tentang buah durian ini.

Peringatan: Gunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan bersesuaian bagi bacaan orang ramai.

Sunday 11 March 2012

Apakah sarapan kamu pada pagi ini?

menu sarapan pagi...hmmmm....

Gambar-gambar ini merupakan menu sarapan pagi yang boleh kamu pilih. Apakah sarapan kamu pada pagi ini?











Selamat bercuti!


Salam perkenalan semua. Selamat bercuti Cikgu ucapkan kepada semua murid kelas 3B.  Diharapkan murid-murid dapat gunakan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin. Oh, ya! Jangan lupa tugasan kamu tentang ulasan buku bahasa Melayu! :)